Select Menu

BERITA SEMASA

POLITIK

PENA JENTAYU

HIBURAN

JENAYAH

DARI BLOG

SUKAN

GLOBAL

Tutur Blog

Okay-kali ini saya mahu tunjukkan bagaimana cara untuk ke ruangan tempat buat artikel bagi yang baru mengenali dunia blog.

Sebelum itu elok ambil perhatian dengan tutor 
supaya lebih mudah memahaminya.



Jangan lupa login akaun google anda sebelum menulis diblog.

1-klik catatan baru

Terdapat ruang terbuka selepas catatan baru diklik sebagaimana gambar dibawah.




Cara-cara seterunya...

1-Masukan tajuk artikel..
*terpulang pada anda sama ada mahu menulis artikel terlebih dahulu baru masuk tajuknya.
2-Tulis artikel
3-Masukan label-Contoh (Cinta)
4-Klik Selesai
5-Klik terbitkan

Jika siap kelima-lima aturan itu,blog anda sudah boleh dibaca oleh orang lain.

Cara seterusnya,,bagaimana anda mahu tetapkan waktu penyiaran artikel yang telah siap ditulis-lihat gambar dibawah.


1-Klik tetapan tarik dan masa.

a-Ubah masa penyiaranya di tempat bertulis 7:31 kepada masa yang anda suka.
b-Ubah hari bulan ditempat bertuls 23 0ktober 2014 jika anda ingin menyiarkan artikel yang ditulis pada hari lain.
c-Klik Selesai yang ada dibawah tulisan zon waktu:Pacific Daylight Time.

Ok sudah selesai..

Komenlah sikit untuk semangat saya menulis.


 

Setelah anda ada akaun google atau Gmail anda sudah boleh bina blog ,jika belum mempunyai akaun Google atau tidak mengerti bagaimana cara-caranya untuk buat akaun Google anda boleh ke tutornya di  Cara-cara buat akaun Google terkini   yang telah disediakan.tutornya mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Sebelum anda memulakan langkah membina blog pekara paling peting login akaun google(gmail) terlebih dahulu.

A-Pertamanya anda wajib ke link blogspot.com dengan cara taip perkataan blogspot.com di enjin carian sebagaimana gambar dibawah,selepas itu  tekan ENTER


B-Ikut cara-cara sebagaimana yang saya tunjukkan melalui gambar dibawah



1-Masukan nama blog atau turut dikenali juga sebagai blog title-Contoh(Keris Jentayu)
Sebelum itu pilih nama sesuai mengikut cita rasa anda.
2-Masukan URL blog -Contoh(kerisjentayu.blogspot.com)
3-Pilih template blog sebagaimana gambar diatas dan klik
4-Jangan lupa klik buat blog.

Jika Url blog yang anda masukan tidak diterima google,itu maknaya url yang anda masukan telah diguna oleh orang lain,untuk atasinya sila pilih url lain sehingga diterima.jangan lupa tukar title blog sesuai dengan url yang anda pilih.

Siap sudah blog yang anda idamkan sekarang anda boleh mula menulis.

Ini adalah artikel mengenai tutorial kedua saya,semuga mendapat faedah.

Nanti saya buat artikel bagaimana mahu kelaman blog seterusnya termasuk memasang peralatan bagi mencantikkan blog anda termasuk letak video youtube.

-Terimakasih.

Komenlah untuk semangat saya menulis....




HULU SELANGOR: Usaha membaikpulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung di sini terus dipergiatkan hari ini.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati seawal pukul 9 pagi, dua kren dan satu lori pengangkut sudah melakukan kerja-kerja membaiki tembok runtuhan, membersihkan kawasan tanah, mengangkut sisa-sisa pecahan tembok yang bertaburan di kawasan terbabit.

Turut kelihatan beberapa pasukan penyelamat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bagi memantau pergerakan tanah serta mengawasi kawasan runtuhan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal laluan keluar-masuk kenderaan penduduk di kawasan itu yang disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Pasukan penyelamat seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart Team) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut berada di lokasi kejadian bagi merawat jika ada mangsa yang cedera.

Difahamkan pemantauan pergerakan tanah dilakukan dari atas cerun tanah di kawasan terbabit oleh JKR, bomba, ahli geologis dan JPAM.

Penduduk di dua blok terbabit juga dibenarkan untuk masuk ke rumah masing-masing hari ini untuk mengambil barang milik mereka selama 10 minit dengan diawasi oleh pasukan RELA.
Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok apartmen berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi kelmarin.

Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45 keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147 orang).
- BERNAMA
PERTH, Australia: Malaysia optimis dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang dipercayai berakhir di kawasan terpencil di Lautan Hindi, sejak ia hilang pada 8 Mac.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau 99.9 peratus yakin dengan misi mencari berdasarkan penggunaan peralatan paling canggih.
"Saya optimis 99.9 peratus untuk mengesan pesawat hilang ini tetapi lautan amat luas. Ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan laut," katanya semasa melancarkan kapal disewa oleh Malaysia, Go Phoenix dan kenderaan sonar pengesan dalam air canggih dikenali ProSAS di Pelabuhan Freemantle di sini, hari ini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Judith Zielke.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Hishammuddin juga merakamkan penghargaan beliau kepada negara yang terlibat dalam misi mencari itu, khususnya Australia dan China, dan mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk meneruskan misi mencari itu tanpa had masa spesifik.
Pada majlis itu, Naib Presiden PETRONAS bagi Pengurusan Petroleum Malaysia, Adif Zukifli, berkata PETRONAS menyediakan AS$21 juta (RM67 juta) untuk membiayai kos kapal itu bersama-sama anak kapal dan peralatan pengesan dalam air.
"Pembiayaan itu untuk sewaan alat pengesan bagi tempoh enam bulan sehingga Februari 2015," katanya.
Kapal itu dijangka memulakan misi mencari selama 30 hari dari esok di bahagian selatan Lautan Hindi, kira-kira 3,000 kilometer dari Perth dan Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd bertindak sebagai vendor yang menyediakan perkhidmatan teknikal bagi kapal itu.
Sementara itu, Zielke berkata beliau akan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini bagi mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pakar-pakar antarabangsa yang terlibat dalam jawatankuasa penyiasatan MH370 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan penyiasatan pesawat itu.
"Kami akan bincangkan tentang prosedur Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) jika ada kemungkinan pesawat itu ditemui," katanya.
Jailani yang juga pengerusi Jawatankuasa Media MH370, mengingatkan media asing dan tempatan supaya tidak membuat spekulasi tentang kehilangan pesawat itu dan membuat laporan berita berdasarkan maklumat yang telah disahkan.
Mengenai penyiasatan tragedi Penerbangan MH17 terhempas, Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk menyelesaikan penyiasatannya dengan segera dan tiada niat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung siapa bertanggungjawab bagi tragedi itu sehingga penyiasatan selesai.
Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Russia pada 17 Julai lalu.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
-Berita Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan bertindak tegas mengawal lambakan produk tidak berkualiti atau tidak mengikut garis panduan pihak berkuasa di negara ini.
Pegawai Pendidikannya, N V Subbarow, berkata walaupun barang keperluan seperti peralatan elektrik atau pakaian yang dibawa masuk dari luar negara itu berkualiti rendah, ramai pengguna sanggup membelinya tanpa mengendahkan risiko keselamatan terutama membabitkan barangan elektrik.
"Kebelakangan ini, kami menerima banyak aduan mengenai lambakan produk berkualiti rendah terutama peralatan elektrik dari China, Korea dan Vietnam. Kami bimbang jika tidak ditangani dengan serius, ia akan mengundang ancaman keselamatan terutama apabila menggunakan produk elektrik sedemikian," katanya
Aku hanya menulis apa yang orang lain sampaikan adakalanya idea sendiri---

Umno Selangor tidak serancak dulu perbuatan tidak seaktif lidah namun ada hati melihat kepincangan parti-parti lain.

Apakah Orang kuat atau orang nombor satu Umno Selangor hanya layak jadi wira parlimen bagi Umno-Barisan Nasional Selangor.

Kata kawan Keris Jentayu''adalah lebih baik PM suluh tengok keberkesanan kerja buat Noh Omar kerana dilihat sejuk hampir membeku keadaan Umno Selangor kini.

Apakah PM kini tidak merasa rugi dengan adanya para pemimpin tidur yang tidak boleh diharapkan untuk menawan Selangor.

Dalam keadaan lemah Umno Selangor  tidak kelihatan mahu bangkit dengan jentera tempur agar setiap kelemahan parti lawan dapat digoyang biarpun tidak tumbang.

Kata kawan Keris Jentayu'' Paling ketara Umno Selangor amat lemah dalam segi jentera serangan media sosial padahal Umno bukanya lahir semalam.

Suara dalam akhbar amat berbeza dengan suara dari blog,fb,twitter ,youtube memandangkan pengunaan internet rakyat Malaysia semakin meningkat.

Seluruh pemimpin Umno Selangor jangan gah dengan nama Umno jika tidak mampu melakukan sesuatu melalui media sosial.

Noh Omar sepatutnya bukan hanya bijak merancang sebaliknya lebih baik  mengenali pekara yang lebih penting untuk pembangunan media sosial.

Ramai merunggut,para pemimpin Umno Bahagian dalam Selangor hanya buat program syok sendiri,tetapi rakyat tidak dapat maklumat sepenuhnya.

Sebab itulah sebagai ketua bukan sahaja pandai fighter sebaliknya perlu melihat juga kepada sudut lain agar tidak menyesal, apabila nanti tiada lagi kerusi Umno di Selangor.

Rata-rata rakyat bawahan di negeri Selangor menuturkan adalah lebih baik jika PM kini nilai semula kedudukan Noh Omar  sebagai orang nombor satu Umno Selangor.